Background

Pementasan ini adalah projek yang dijayakan ole sebilangan institusi pendidikan tinggi MARA (IPMa)  sebagai platform mengetengahkan bakat dan kebolehan pelajar dalam seni persembahan teater. Persembahan ini juga bertujuan melahirkan pelajara-pelajar yang berani mengekpresi diri, berfikiran kreatif dan peka terhadap ciri estetik dalam seni persembahan. Selain itu persembahan teater ini akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengurusan acara dan seni persembahan sebagai batu loncatan kepada program khidmat masyarakat di samping melatih pelajar-pelajar dalam bidang kepimpinan dan keusahawanan.

Persembahan teater ini dijayakan oleh pelajar-pelajar Kolej MARA Banting (KMB) dengan kerjasama pelajar-pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau, Giat MARA Ampang Jaya, serta KEMAS. IPMa ini dikenalpasti melalui kemahiran tertentu untuk sama-sama mengasah bakat dan kebolehan pelajar-pelajar masing-masing dan secara kolaboratif dan kerjasama menjayakan program yang meletakkan IPMa setanding IPTS yang menjayakan persembahan teater bertaraf komersial dan profesional.

Gabungan tenaga daripada institusi-institusi ini merupakan serampang dua mata, bukan sahaja mencabar kebolehan diri pelajar-pelajar tetapi bergabung melaksanakan usaha amal/kemanusiaan sebagai warganegara yang perihatin dan bertanggungjawab. Ini kerana hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan MARA Student's Talent Development Fund.

Selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang mampu memberi sumbangan kepada keharmonian masyarakat dan negara, program seumpama ini akan memberi peluang kepada pelajar menyumbangkan khidmat dan bakti mereka.